Artikel ini juga terdapat dalam bahasa: English Bahasa Indonesia
Dalam perakaunan, akaun ditutup setiap tahun kewangan.
Ini boleh menjadi tahun kalendar dari Januari hingga Disember, atau di antara tahun, seperti dari Julai 2010 hingga Jun 2011.
Bagi majoriti perniagaan, tahun kewangan adalah selama 12 bulan.
Walau bagaimanapun, untuk perniagaan yang baru diperbadankan, tahun kewangan pertama boleh menjangkau sehingga 18 bulan.
Terdapat juga perniagaan yang memutuskan untuk menukar akhir tahun mereka, dan mungkin mempunyai kurang dari 12 bulan untuk tahun kewangan.
Keperluan biasa, tanpa mengira bilangan bulan, ialah akaun mesti ditutup dan set akaun baharu disediakan untuk tahun kewangan.
Dalam MYOB, walaupun anda boleh memyimpan sehingga 3 tahun kewangan, anda masih perlu menutup tahun terawal pada satu ketika.
Ini biasanya dilakukan selepas audit selesai dan penyata cukai pendapatan telah dikemukakan.
Proses penutupan tahun kewangan dalam mana-mana sistem perakaunan, sama ada manual atau berkomputer, melibatkan langkah-langkah tertentu yang perlu diambil, termasuk memastikan baki dalam akaun anda adalah sama dengan baki dalam akaun teraudit anda.
Kami telah menyediakan senarai semak tugas yang perlu anda lakukan sebelum menutup akaun anda.
Sebaik sahaja anda telah melalui senarai semak, anda boleh meneruskan untuk menutup akaun anda dalam MYOB menggunakan fungsi Start New Year.