Artikel ini juga terdapat dalam bahasa: English Bahasa Indonesia
Tetapan lalai jualan MYOB
Untuk menyediakan tetapan jualan dalam MYOB, klik pada Setup, kemudian Easy Setup Assistant.
Seterusnya, klik pada Sales.
Pengenalan
Skrin pengenalan mengalu-alukan anda dan memberikan anda maklumat tentang perkara yang boleh anda sediakan sebagai lalai untuk transaksi jualan dalam MYOB.
Bila sedia, klik Next.
Reka Letak Transaksi Jualan
MYOB menyediakan sehingga 5 susun atur transaksi jualan yang berbeza untuk anda gunakan:
- Service (Perkhidmatan)
- Item (Barang)
- Professional
- Time Billing (Pengebilan Masa) hanya tersedia dalam Premier
- Miscellaneous (Pelbagai)
2 reka letak pertama adalah yang paling biasa digunakan oleh kebanyakan perniagaan.
Pilih reka letak yang anda gunakan untuk kebanyakan transaksi jualan anda.
Jika anda tidak mahu menetapkan reka letak, pilih “No Default”.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang reka letak yang berbeza, sila lihat Sales Invoice Layouts
Butiran Jualan
Dalam skrin seterusnya, anda akan menentukan tetapan lalai untuk butiran jualan.
Tetapkan akaun pendapatan lalai anda serta had kredit lalai untuk pelanggan.
Tahap Harga Barang
Ciri ini hanya tersedia dalam Premier.
Jika anda sebuah syarikat perdagangan, iaitu anda membeli dan menjual barangan, pilih tahap harga jualan lalai.
Kod Cukai
Pilih kod cukai yang diperlukan daripada senarai yang disediakan.
Untuk pematuhan GST, ini harus menjadi salah satu kod yang ditentukan oleh Kastam, bergantung pada sama ada perniagaan anda bertanggungjawab untuk GST, pelanggan serta jenis produk atau perkhidmatan yang anda jual.
Untuk perniagaan yang didaftarkan untuk GST, ini biasanya SR atau Standard Rated.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang GST, sila lihat Goods & Services Tax Malaysia.
Maklumat Pembayaran
Kaedah Pembayaran
Kaedah pembayaran ialah cara kebanyakan pelanggan anda akan membayar anda.
Ini termasuk wang tunai, cek, kad kredit, dll.
Payment is due
Di sini, anda akan menetapkan syarat pembayaran lalai anda untuk pelanggan anda.
Pilih bila pelanggan harus membuat pembayaran.
Tetapan lain termasuk:
- Discount Date (tarikh diskaun)
- Balance Due Date (Tarikh atau bilangan hari pembayaran perlu dibuat)
- % Discount for Early Payment (Diskaun jika pembayaran awal dibuat)
- % Monthly Charge for Late Payment (Caj Bulanan untuk pembayaran lewat)
Tetapan yang paling biasa adalah untuk menetapkan yang berikut (lihat gambar di bawah):
- Payment is Due – pilih In a Given # Days
- Discount Days – 0 (sifar)
- Balance Due Days – 30, 60 atau 90 hari mengikut keperluan perniagaan anda.
- % Discount for Early Payment – 0%
- % Monthly Charge for Late Payment – 0%
Akaun Terpaut untuk resit pelanggan
- Account for Customer Receipts – pilih akaun bank anda
- Account for Undeposited Funds – akaun ini adalah untuk pembayaran yang anda terima yang belum didepositkan ke bank. Pilih akaun lalai yang telah dibuat oleh MYOB – Undeposited Funds
Kad Pelanggan
Dalam skrin ini, anda boleh memasukkan butiran pelanggan sedia ada anda.
Klik New untuk menambah butiran setiap pelanggan.
Invois jualan belum dijelaskan lagi
Masukkan baki terhutang oleh pelanggan sedia ada anda.
Adalah lebih baik untuk memasukkan invois tertunggak secara individu, supaya anda boleh mengimbangi pembayaran apabila diterima.
Untuk menambah invois tertunggak, klik pada butang Add Sale.
Selesai!
Itu sahaja untuk menetapkan lalai jualan dalam MYOB Accounting dan MYOB Premier.