You are here: » Home » Tetapan serantau dalam sistem operasi Windows

Artikel ini juga terdapat dalam bahasa: English Bahasa Indonesia


MYOB bergantung pada Windows untuk tetapan tertentu, contohnya format tarikh serta simbol mata wang.

Untuk memastikan bahawa MYOB memaparkan format yang anda perlukan untuk negara anda, lakukan perkara berikut:

Windows 7

Pergi ke Windows Control Panel

Dalam Windows 7, klik pada Clock, Language and Region

Control panel Windows 7

Seterusnya klik pada Change the date, time or number format

Tetapan Wilayah dan Bahasa di Windows 7

Windows 10

Dalam Control Panel Windows 10, klik pada Change date, time or number formats.

Dalam skrin Region, klik pada butang Additional settings di bahagian bawah sebelah kanan

tetapan serantau windows 7

Windows 7

tetapan serantau windows 10

Windows 10

Dalam Skrin Customizen, pilih tab Currency, kemudian masukkan huruf atau simbol mata wang anda.

simbol mata wang windows - RM

Simbol mata wang – RM

Anda boleh memasukkan simbol mata wang anda di sini jika perlu, contohnya menggunakan ₱ untuk Peso Filipina seperti yang ditunjukkan dalam imej di bawah.

simbol mata wang Peso Filipina dalam windows

Simbol mata wang – Peso

Seterusnya, pilih tab Date, dan buat perubahan pada cara anda ingin memaparkan tarikh anda dalam MYOB.

Di Malaysia, gunakan “dd/MM/yyyy” untuk memaparkan 2 digit hari dan bulan serta 4 digit tahun dalam susunan tersebut.

Sebaliknya, di negara seperti Filipina di mana tarikh dipaparkan bermula dengan bulan, gunakan “MM/dd/yyyy”.

Taipkan format terus ke dalam medan Short Date jika anda tidak melihat format yang anda perlukan dalam senarai.

Format tarikh Windows

Akhir sekali, klik Apply, kemudian OK.

Jika anda sudah membuka MYOB semasa melakukan tetapan ini, tutupnya, kemudian buka semula untuk tetapan berkuat kuasa.


Sitemap  |  Privacy policy