You are here: » Home » Pangkalan Pengetahuan » MYOB » MYOB Accounting dan MYOB Premier » Sales » Daftar Jualan MYOB

Artikel ini juga terdapat dalam bahasa: English Bahasa Indonesia

Daftar Jualan MYOB

Daftar Jualan MYOB adalah seperti papan pemuka jualan anda. Anda boleh melihat semua invois, invois belum dibayar, dsb., serta melaksanakan fungsi berkaitan jualan seperti mengeluarkan invois dan menerima bayaran daripada pelanggan di sini.

Untuk mengakses daftar jualan MYOB, di Command Centre, klik pada Sales, kemudian Sales Register.

Daftar jualan MYOB di Command Centre

daftar jualan myob

Daftar Jualan MYOB

daftar jualan myob

Menapis maklumat

Menapis maklumat jualan mengikut tarikh

Maklumat dalam daftar jualan MYOB ditapis mengikut tarikh.

Apabila dibuka pada mulanya, ia akan menggunakan tarikh sistem anda untuk memaparkan invois.

Contohnya, jika hari ini ialah 11 Mei 2015, maka ia akan memaparkan invois dari 1 hingga 11 Mei 2015.

Untuk melihat invois daripada tempoh lain, klik dalam medan Dated From dan To dan tukar tarikh dengan sewajarnya.

penapis tarikh maklumat daftar jualan myob

Daftar jualan MYOB – menapis maklumat mengikut pelanggan

Maklumat dalam daftar jualan juga boleh ditapis oleh pelanggan. Dalam medan Search, pilih sama ada All Customers atau Customer.

penapis daftar jualan myob mengikut pelanggan

Apabila anda memilih untuk cari mengikut pelanggan, medan baharu dipaparkan.

Masukkan nama dalam medan itu dan jualan akan ditapis untuk menunjukkan hanya jualan yang berkaitan dengan pelanggan tersebut.

penapis daftar jualan myob mengikut pelanggan

Tabs

Tab di bahagian atas membantu anda menapis jualan mengikut status invois.

tab daftar jualan myob

All Sales (Semua jualan)

Tab All Sales akan memaparkan semua invois, sebut harga, pesanan, dsb.

daftar jualan myob - semua jualan

Quotes (Sebut harga)

Tab Qutoes hanya memaparkan sebut harga yang telah anda masukkan semasa tempoh yang dipilih.

daftar jualan myob - sebut harga

Dalam tab ini, anda boleh memilih untuk membuat sebut harga baharu atau memilih sebut harga sedia ada dan menukarnya kepada pesanan, kepada invois atau memadamkannya.

Anda juga boleh membuat pesanan pembelian kepada pembekal anda daripada sebut harga jika anda perlu membeli item untuk memenuhi keperluan ini.

Orders (Pesanan)

Tab pesanan menapis dan memaparkan sebarang pesanan jualan yang telah anda masukkan ke dalam MYOB untuk tempoh yang dipilih.

daftar jualan myob - pesanan

Dalam tab ini, anda boleh:

  • pilih untuk membuat pesanan baharu,
  • menerima bayaran pelanggan untuk pesanan,
  • menukar pesanan kepada invois, dan,
  • buat pesanan pembelian kepada pembekal anda.

Open Invoices (Invois yang belum dijelaskan)

Tab ini memaparkan invois yang belum dibayar sepenuhnya oleh pelanggan anda.

daftar jualan myob - invois yang belum dibayar

Anda boleh menerima bayaran daripada pelanggan serta membuat invois baharu daripada tab ini.

Returns & Credits (Pulangan dan Kredit)

Pemulangan dan Kredit adalah untuk nota kredit yang telah anda keluarkan kepada pelanggan anda.

daftar jualan myob - pemulangan dan kredit

Di sini, anda mempunyai pilihan sama ada untuk membayar balik kepada pelanggan atau menggunakan kredit terhadap invois yang masih terhutang.

Anda juga boleh membuat invois jualan baharu dengan mengklik butang New Sale.

Closed Invoices (Invois yang telah dijelaskan)

Ini adalah invois yang telah dijelaskan sepenuhnya dalam tempoh yang dipilih.

myob sales register - invois yang telah dijelaskan

Lajur di sebelah kanan memaparkan tarikh invois dijelaskan.

Melihat butiran dokumen atau mengedit/memadam dokumen

Untuk melihat, mengedit atau memadam invois sedia ada, sebut harga, pesanan, dll, sama ada klik dua kali padanya atau klik pada anak panah di sebelahnya.

daftar jualan myob - lihat atau edit dokumen

Lagi mengenai Jualan


Sitemap  |  Privacy policy